Thursday 4 September 2014

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2014

TIPS MENGAMBIL PEPERIKSAAN 


SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN

1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan       anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN!"
3. Sediakan segala peralatan untuk menulis.
  a) pensil 2B siap diraut tajam - 2 batang
  b) pemadam - 2butir 
  c) pengasah pensil - 1 biji dan pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali
  d) pembaris - 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang
  e) pen - 2 batang
  f)  pensil warna dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda     imbas sebentar tadi.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal.
2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa    tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan anda membawa:-
   a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam.
   b) Surat lahir / kad pengenalan
   c) Slip angka giliran anda.
6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:-
    a) Baca Surah Al-Fatihah 
    b) Takbir 
    c) Selawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W7. Salam & cium tangan ibu bapa.
8. Langkah kanan bila keluar rumah dan jangan toleh belakang.
9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. - Ini bertujuan untuk mencipta suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.

BILA TIBA DI SEKOLAH

1. Sampai sahaja di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan,    tip-tip penting dan rumusan.
2. Tarik nafas dalam2 dan relaks.
3. Baca:-
   a)Surah Al-Fatihah 
   b)Takbir 
   c)Doa Penerang Hati 
   d)Selawat Ke atas Nabi Muhammad.


DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
2. Baca :-
  a)Doa Penerang hati
  b)Doa Tidak Lupa
3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa, jangan             panik. Berselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya'Allah boleh ingat semula.

SELEPAS PEPERIKSAAN

JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR.

(*RUJUKAN DARI BLOG: http://skbi2003.blogspot.com/2013/09/tips-mengambil-peperiksaan.html )




Friday 27 June 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Mubarak




Terminal Sejahtera MBMB Bukit Piatu Melaka
mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Mubarak & Selamat Berpuasa

Kelas Tutoronline beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan 2014

sekian, terima kasih.



Friday 11 April 2014

Latihan Penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pada 24 - 25 Mac 2014 , Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah menganjurkan Latihan Penggunaan Sistem Aduan Awam peringkat Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Melaka di Terminal Sejahtera MBMB Bukit Piatu, Melaka. Latihan selama dua hari tersebut dihadiri seramai 70 orang pegawai Jabatan dan Agensi Kerajaan seluruh Melaka.


Berikut adalah gambar-gambar sepanjang sesi Latihan diadakan:






Bilik Tutorial menempatkan ruang makan sepanjang kursus.



Anda mencari Bilik Perbincangan rasmi / Ruang Taklimat dan Kursus?
Hubungi Kami di talian

06-281 9690
012-444 1340

Lokasi: Terminal Sejahtera MBMB, Bukit Piatu Melaka



Monday 20 January 2014

Apa itu Program Tutor Online di Terminal Sejahtera Bukit Piatu MBMB?


Assalamualaikum & Salam sejahtera

Mesti semua pernah beli surat khabar Utusan Malaysia kan? Ada sisipan Tutor kan? Jika dalam Berita Harian ada sisipan SKOR A / Didik 
ok..mari sini nk bagitahu..
Program TutorOnline di Terminal Sejahtera Bukit Piatu merupakan program tuisyen dimana soalan-soalan latihan /ujian seperti dalam akhbar sisipan tersebut dapat diakses secara atas talian melalui laman web http://www.tutoronline.com.my



 Terminal Sejahtera Bukit Piatu  menyediakan kemudahan makmal komputer bagi adik-adik yang berminat menyertai PROGRAM TUTOR ONLINE
Program tersebut membolehkan adik-adik datang belajar / tuisyen di tempat kami selepas waktu sekolah atau pada waktu cuti sekolah (SABTU - AHAD) rujuk waktu operasi/pembelajaran.


Adik-adik akan dibantu dengan 2 orang fasilitator sepanjang proses pembelajaran. Perbelajaran adalah berbentuk kendiri dimana adik-adik dilatih mencari ilmu bukan secara paksa tetapi atas inisiatif sendiri.
Pemantauan prestasi pelajar akan dipantau oleh Fasilitator.
yang menariknya, semua kemudahan ini adalah PERCUMA bagi semua yang LAYAK! 

siapa yang layak? - adik - adik yang bersekolah di sekolah rendah / menengah  di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (boleh rujuk senarai sekolah disini
Sila rujuk syarat penyertaan dan  dapatkan ID PERCUMA tutoronline di
Terminal Sejahtera Bukit Piatu , dimana tu? tempat kami berdekatan dengan JAKEL / kedai Perabot Jati Mutiara.. bersebelahan dengan SAPURA & Restoran Sate R&K


Jangan lepaskan peluang ini!
"bukan senang nak senang, bukan susah nak susah"






Friday 27 December 2013

Selamat Kembali Ke Sekolah



Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Cuti persekolahan telah sampai ke penghujung..mesti banyak peristiwa - peristiwa yang berlaku sepanjang cuti persekolahan ni kan?  peristiwa - peristiwa tersebut boleh dijadikan kenangan / panduan & iktibar bagi adik -adik yang akan melangkah naik ke tahun persekolahan yang baru tidak lama lagi.Yang telah mendaftar dengan tutor online di Terminal Sejahtera Bukit Piatu diucapkan TAHNIAH! kerana menggunakan peluang yang disediakan untuk kemajuan pelajaran adik-adik..

Bagi yang berminat untuk mendaftar TutorOnline di Terminal Sejahtera Bukit Piatu , di alu alukan hadir ke 

Terminal Sejahtera Bukit Piatu
No 57 Jalan BPM 1
Bukit Piatu Mutiara
75150 Bukit Piatu 
Melaka
(Landmark: Perabot Jati Mutiara/ Jakel/ Astana Moda/ bersebelahan SAPURA)

Kami menawarkan ID Tutoronline PERCUMA BAGI PELAJAR yang layak.  siapa yang layak? klik disini


Barang-barang persekolahan jangan lupa yer untuk sediakan..terutamanya buku persekolahan dan alat tulis.
Bagi yang berkemampuan dapat la semuanya baru..bagi yang kurang berkemampuan jangan bersedih pula,
barang yang masih boleh dipakai seperti alat tulis, beg sekolah dan sebagainya..gunakan sahaja..
yang penting tujuan adik-adik ke sekolah untuk membina masa depan yang cerah.. jangan sia-siakan hasrat dan pengorbanan ibu bapa kita yang bersusah payah menghantar kita ke sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan.



Akhir sekali, Admin mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!
TANAMKAN AZAM BARU BAGI TAHUN BAGI PERSEKOLAHAN INI


Tekadkan AZAM , kuat kan SEMANGAT..
jangan malas-malas ye!

ALL THE BEST!